MOTIVASI KECEMERLANGAN
Tarikh Pelaksanaan : 23 Januari 2016
Tempat : Dewan Sekolah
Slot 1
Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi
Slot 2
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Slot kedua
dikendalikan oleh Tn Haji Sedny yang merupakan mantan Yang Dipertua PIBG SK
Sungai Rokam. Beliau mengendalikan program ini secara sukarela. Beliau bersama-sama
anak beliau, Nur Syuhadah Syahirah bt. Mohd Sedny (bekas murid SK Sungai Rokam)
bersama-sama berkongsi kejayaan mereka dengan murid-murid Tahun 6. Mereka juga
mendedahkan kepentingan menguasai dan menggunakan teknik-teknik pembelajaran
yang sesuai dengan persekitaran seiring dengan arus pemodenan yang berlaku
dalam arena pendidikan ini. Murid-murid begitu bersemangat semasa sesi
dijalankan. Diharapkan semangat dan kesedaran yang telah disuntik daripada
program ini akan berkekalan sehingga murid-murid menduduki peperiksaan UPSR
kerana kejayaan mengiringi orang-orang yang berusaha.
Murid-
murid telah memberikan respons yang baik dengan bertanyakan beberapa soalan
kepada penceramah.
Tn. Hj Sedny
bermurah hati memberikan makanan kepada semua murid dan guru.
No comments:
Post a Comment